♥♥ SELAMAT DATANG SEM 4 ♥♥

Setelah sekian lama cuti sem semenjak selepas cuti Raya Haji tempoh hari, sebenarnya tak macam cuti sem pun, ya la hari biasa kena kerja juga kan?? kalau nak di ikut kan kira-kira hanya cuma beberapa hari saja yang cuti , bersyukur lah juga dapat juga cuti kan? boleh rehatkan minda setelah beberapa minggu bertungkus lumus siapkan assignment, mana nak exam lagi, mana kerja lagi fuuuhhhh!! tekanan oooo...
Jadi pada 9 Oktober bermulah lah SEM 4 iaitu sem yang terakhir, sekejap saja masa berlalu, pejam celik... pejam celik dah 2 tahun.
kembali sibuk la selepas ini seperti biasa, nikmati 3 subjek yang terakhir sebelum membuat Research Paper itu pun lagi satu fenin, tajuk masih lagi tidak jumpa. Segala persiapan telah tersiap sedia, 

NOTA???
Siap
Alat tulis????
Siap..
Semua dah ready... esok pagi-pagi bangun terus pergi kelas, tak ada laah kelam kabut sangat kan???
 tak sabarnya nak pergi kelas... (sangat- tangan dua belah atas bahu) hahahaha
 Selamat malam semua... semoga mimpi indah milik kita semua....
 Notakukukucing : berusahalah Cik Nur demi masa depan anda.... Chaiyoookkkkk!!!!!!!! bersusah sekarang, bersenang lah di kemudian hari...

♥♥ MOHON BACA : Fakta Tentang Nescafe ♥♥

Tiba-tiba petang time-time nak balik kerja ni terkeluar pula idea nak buat post mengenai minuman kegemaran orang ramai iaitu NESCAFE.
Pada dasarnya Nur bukanlah seorang penggemar Nescefe mahupun kopi, boleh dikatakan Nur memang anti Necafe, tapi tidak lah anti sampai tidak minum langsung... kadang-kadang Nur ada juga ambil nak pula bila time nak buat 'assignment' memang Nur akan ambil Nescefe panas tanpa gula untuk elak dari mengantuk... tapi tetap tak boleh terima dan pelik bila seseorang individu itu selalu mengambil Nescefe, dan bukan juga bermaksud tidak boleh langsung minum Nescafe, cuma hadkan pengambilannya... mungkin sehari sekali. Bila ianya melibatkan seseorang yang penting dalam hidup Nur, asyikkkkkk dengan Nescafe, pagi Nescafe, tengahari Nescafe, malam Nescafe... hari-hari Nescafe.  tapi kadang-kadang ada juga dia minum Teh O, haaissshhhh mula lah nak membebel kan...kan..kan.. boleh dikatakan post kali ini Nur tujukan pada si dia.. harap dia bacanya dengan TEKUN.
Nur sediakan beberapa fakta yang mungkin boleh membantu seseorang individu yang sangat addict dengan Nescafe.

 Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.

 Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan). Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. 
Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik. Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya. 

 Kesan pengambilan kafein yang sedikit:
 Mengganggu corak tidur. 
 Meningkatkan degupan jantung.
 Meninggikan tekanan darah.
 Kerap membuang air kecil.
 Tangan terketar-ketar perlahan.
 Kurang selera makan.

 Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:
 Resah dan gelisah.
 Sukar menumpukan perhatian.
 Sakit kepala.
 Sukar tidur.
 Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. 

 Kafein dalam pemakanan: Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 %), teh (43 %), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 %).

 Fakta: Kafein-Kafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).

 Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’. Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.

 Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
 Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
 Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
 Kopi segera (250ml) 80-150mg
 Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mg
 Teh (250ml) 20-200mg
 Teh ais (350ml) 12-28mg
 Minuman kola (375ml) 30-75mg
 Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
 Coklat panas (250ml) 10mg
 Coklat bar (200gram) 60mg 


 Nescafe 3 in 1 penyebab sakit buah pinggang?
 Antara yang dikesan adalah:
 Kerap berdebar tidak tentu masa.
 Bila jantung berdebar berlaku, diikuti dengan dahi berpeluh.
 Kerap merasakan kesakitan pada dada.
 Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
 Semakin tak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan kalau kena panas, badan akan berpeluh dan tidak selesa.
 Tapak tangannya basah.

 Nescafe 3 in one adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini merosak jantungKrimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

 Tips untuk merawat:

 Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
 Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
 Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
 Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
 Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
 Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
 Elakkan mandi selepas makan
 Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecahtanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari..
 Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
 Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
 Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
notakukukucing : pada orang yang penting dalam hidup Nur, Mohon kurangkan lah minum nescafe tu ya.. tidak kira bagaimana rasa sedapnya or apa, mohon kurangkan.
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.