PENGUMUMAN!!!


PENGUMUMAN!!!
 Cik Nur akan tukar email address yang login blog ni, jadi Cik Nur mohon tinggalkan link blog anda untuk Cik Nur follow blog anda balik ya... ^_^

MOHON DILINDUNGI DARI HASUTAN SYAITAN.....

♥♥ DISNEY_ MOANA ♥♥

Semalam, lepas balik dari kerja 5:45pm terus Cik Nur pecut "Ferari" Cik Nur ke IOI Mall, Puchong untuk tengok cerita Moana nih... dah set memang nak tengok, Cik Nur suka tengok wayang di IOI Mall, Puchong sebabnya tak payah nak pening kepala nak beratur panjang beli Popcorn.. tiket???? tiket pun sama, tapi Cik Nur beli online senang.. scan je QR code, dan tak ramai orang sangat, tapi musing sekolah ni nak pula time weekend memang ramai lah... jadi pergi lah tengok Moana seorang diri.

Dari office ke IOI Mall, tak jauh sangat, jam 6:15pm, Cik Nur dah sampai wayang jam 8pm, sebelum tunggu maghrib, solat dulu, singgah Popular tengok buku-buku apa yang terbaru... Oh ya! Popular ada buat SALE!! tau, banyak juga buku yang ada diskaun, dan start 2/12/16-4/12/16 ada juga sale 50% diskaun untuk semua buku English termasuk best seller, bertempat di Summit, USJ... Cik Nur cadang nak pergi masa lunch nanti... datang lah beramai-ramai (dah macam buat marketing hahha )
ok Cik Nur bukan nak cerita tentang lain dah lelalut ke lain.. hahah

Berbalik kepada cerita Moana, cerita dia kan...cerita dia kan bestttttttttt......

Sinopsis
Ceritanya akan bermula dengan flashback pada tiga ribu tahun yang lalu ada seorang lelaki yang separuh tuhan, telah mencuri hati Te Fiti, sejak itu semua tumbuhan dah laut akan mati. Sehingga merebak ke pulau yang di diami oleh Moana dan puaknya.
Moana nekad untuk pergi berlayar mencari Maui (lelaki separuh tuhan), dan menyuruh Maui meletakkan kembali hati Te Fiti, bermula lah pengembaraan mereka berdua... cop cop cop... bertiga.. siapa lagi 1??? kena lah tengok.. ^_^
Dalam perjalanan Moana dan Maui untuk meletakkan kembali hati  Le Fiti tu, Moana mengenali siapa diri dia yang sebenar....
nak tahu lebih lanjut???? pergilah ke pawagam yang berhampiran anda...hahahah
Cik Nur tak nak spoilkan.. nanti kalau Cik Nur cerita dari mula sampai habis tak syok la pula kan... kan...kan... pokoknya cerita memang best, ending pun best, permulaan cerita pun best, boleh la bawa anak-anak pergi tengok.. Moana masa kecil cute teramat sangat... rasa nak gigit je... 
Moana & Maui
Selamat menonton ^_^

♥♥ MUHASABAH SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH ♥♥

Jadilah seorang perempuan solehah.
Yang hatinya dibalut rasa takwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang jiwanya sentiada haus dengan ibadah kepada Allah,

Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah,
Yang solatnya adakah bekalan dirinya,
Yang tidak pernah takur untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,

Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah,
Jadilah seorang perempuan solehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yag penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang perempuan solehah
Yang menghormati suaminya,
Yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,

Jadilah seorang perempuan solehah,
yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,

Jadilah seorang perempuan solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah,
Yang baginya hidup di dunia aadalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu diperlihara dan dijaga
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'

Jadilah seorang perempuan solehah,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah
Semoga sentiasa dirahmati-Nya

♥♥ TAK BOLEH NAK HADAM APA MAKSUD TERSIRAT BUDAK NI ♥♥

Direct translation English to BM.
kami adalah awak sebab penunggang motor mengacau awak, sayang. Cuma cakap handsome aku rindu mimie. Pabila perisa hati kita cari untuk mimie. Bye mimie
 Ada sesiapa boleh tolong terangkan apa ang cuba diluahkan oleh budak ni....
puas perah otak tapi tak jumpa juga mesej yang budak ni cuba nak sampaikan...
rasa nak  je....

♥♥ ANIMASI YANG TELAH MEMENANGI 102 AWARDS ♥♥

Untuk pengetahuan anda animasi pendek ini telah memenangi 102 awards tau.. jadi mesti banyak mesej yang tersurat dan tersirat yang telah disampaikan oleh pemilik animasi ini.
dah tengok animasi diatas???
kalau dah tengok izikan Cik Nur bertanyakan 2 soalan berdasarkan animasi pendek tersebut.... 
Soalan-soalannya adalah:
1) Apakah yang anda dapat lihat dari animasi diatas?
2) Apa pendapat dan pandangan anda mengenai animasi diatas?
haaaa... macam soalan peperiksaan tak???
Pada mereka yang memberikan pendapat dan pandangan yang menarik dan kreatif, ada hadiah menanti mereka, ni bukan GA tau, Cik Nur cuma nak kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan, sebab setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza, disamping itu anda juga dapat membantu Cik Nur dalam membuat Research Paper nanti...
tiada syarat, tak perlu nak buat post (tapi kalau nak tolong war-war kan boleh juga ^_^)
cuba tinggalkan pendapat anda di ruang komen ja...
dan hadiahnya adalah.....
tapi isi dalamnya misteri ya...
Cik Nur mencari 3 orang yang bagi pendapat dan pandangan yang paaaling menarik ^_^
Notakukukucing : Cik Nur akan umumkan pengomen yang bertuah pada 3 December 2016.

♥♥ SELAMAT TINGGAL.......♥♥

Selamat 30 hari kita bersama, kini tiba saatnya untuk berpisah.. terima kasih atas memori...jika ada jodoh umur yang panjang kita akan berjumpa lagi tahun hadapan In Shaa Allah... Sayonara November, dan Welcome home December... harap pada bulan yang baru, akan memberi memori yang baru, pengalaman yang baru... mana tahu dapat kerja baru ke kan..kan..kan..
Oh ya! bulan terakhir pada tahun 2016 ni, ada yang dah complete ke Wish list dalam tahun 2016 ni??? cuba cerita dengan Cik Nur, mana tahu Cik Nur boleh tolong... tolong baca saja lah ya... kikikiki
tapi mesti ada sesetengah dah tertunai kan??? tidak mengapa ada lagi 30 hari lagi untuk laksanakan misi anda.... Chaiyookkk!!!!!! 

♥♥ ALAHAI LAPTOP ♥♥

Ya Allah, macam-macam rasa dah bercampur aduk dah ni, rasa nak menangis, rasa bersalah, rasa takut, rasa nak menjerit, rasa nak hantuk kepala kat dinding, macam-macam lah.
Laptop jatuh terhempas ke bumi disebabkan kecuaian diri sendiri 

Macam mana kejadian berlaku????
Cik Nur baru balik dari kerja, laptop tu ada atas lantai, Cik Nur ambil dan letak atas toto, lepas tu Cik Nur tutup pula dengan bantas diatas laptop tu... Cik Nur terus pergi mandi....
Dah siap mandi semua, Cik Nur nak angkat lah toto tu, kononnya nak alih ke tempat lain, dah siap angkat GEDEBOKKK!!!! dengar benda terhempas, Cik Nur pandang bawah tengok apa yag jatuh...
Ya Allah!!!!!!!!!!!!!! laptop!!!!!!!!!! terus campak toto tu Cik Nur tengok laptop tu ok atau tidak, 
Alhamdulillah tidak ada komponen yang berterabur, akan tetapi, laptop tak boleh nak on 
macam mana ni... macam mana ni???? sekarang ni tengah minta tolong budak MIS tengokkan, samaada boleh dihidupkan kembali atau tidak... harap sangat boleh hidup, laptop tu lah peneman berjaga malam untuk siapkan assignment, ni mana nak mula buat Research Paper lagi...
harap dapat la berita gembira dari budak MIS tu nanti. Tolong doakan laptop Cik Nur boleh hidup balik.....
Pleaseeeeeeeeeeee 
Notakukukucing : korang nak tahu, Cik Nur memang tak ingat langsung yang laptop ada atas toto tu... memang lupa terus.. hebat tak Cik Nur ni 

♥♥ HARI INI DALAM SEJARAH (28 NOV) ♥♥


Perundingan Perjanjian Kerjasama Teknikal Antara Malaysia Dan Belgium

Tarikh Peristiwa : 28 Nov 1966

Pada hari ini dalam tahun 1966, satu perundingan mengenai Perjanjian Kerjasama Teknikal antara Malaysia dengan Belgium telah diadakan di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kualal Lumpur. Perundingan yang berlangsung selama lima hari telah membincangkan mengenai bantuan-bantuan teknikal dan kewangan yang bakal diberikan oleh kerajaan Belgium kepada Malaysia melalui projek-projek Rancangan Malaysia Pertama.
Dalam perundingan ini Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, Encik Thong Yaw Hong manakala kerajaan Belgium diwakili oleh Dutanya ke Malaysia Encik Frans Taelemans. Antara perkara penting yang dibincangkan di hari pertama perundingan itu ialah mengenai bantuan enam orang pakar dari Belgium yang akan membantu program pembangunan di Malaysia pada tahun 1967. Di samping itu turut dibincangkan ialah bantuan Belgium dalam bidang pertanian, perhutanan, perubatan tropika, perikanan, biasiswa dan latihan kakitangan awam.Susulan dari itu, Perjanjian Kerjasama Teknikal antara Malaysia dengan Belgium  telah ditandatangani pada 2 Disember 1966 bertempat di Bilik Gerakan Negara. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Luar Urusan Dagangan Belgium, Encik A de Winter menandatangani bagi pihak kerajaan Belgium. 

Bekas Gabenor Sarawak Meninggal Dunia -
   Tuanku Tun Datuk Haji Bujang B. Tuanku Haji Othaman

Tarikh Peristiwa : 28 Nov 1986

Sarawak telah menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Setelah menempuh berbagai rintangan dan perundingan akhirnya pada tarikh tersebut Malaysia telah dilahirkan. Sistem pentadbiran negeri Sarawak di bawah Persekutuan Malaysia adalah sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung, di mana urusan pentadbiran peringkat negeri dijalankan serentak dengan urusan-urusan peringkat persekutuan. 
Sarawak mempunyai Yang Dipertua Negeri sebagai Ketua Pentadbir di peringkat negeri. Salah seorang Yang Dipertua Negeri Sarawak ialah Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang bin Tuanku Hj. Othman. Beliau adalah Yang Dipertua Kedua bagi Sarawak semenjak di dalam Malaysia. 
Jawatan ini disandang oleh beliau mulai dari 2 April 1969 hinggalah pada 28 November 1986 apabila beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Sri Embawang di Petra Jaya, Sarawak. Pada hari ini dalam tahun 1986, rakyat Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang berkaliber dan dihormati sebagai Yang Dipertua menggantikan Allahyarham Tun Abang Haji Openg. Allahyarham Tuanku Tun Datuk Hj. Bujang telah dilahirkan di Sibu, Sarawak. Beliau telah memulakan perkhidmatan kepada kerajaan dengan menyertai pasukan polis sebagai Sub-Inspektor Percubaan semasa pemerintahan Inggeris dalam tahun 1927, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1934. Allahyarham bertukar kepada Perkhidmatan Awam Sarawak dan kekal di dalam perkhidmatan tersebut selama 26 tahun. 
Sepanjang perkhidmatannya Allahyarham Tuanku Tun Datuk Hj. Bujang pernah berkhidmat sebagai Leftenan Muda dalam Renjer Sarawak selama sebulan dalam tahun 1941. Beliau pernah dilantik sebagai majistret kelas keempat pada tahun 1934 dan kemudian sebagai pegawai pentadbir division satu pada 1965. Apabila Sarawak menyertai Malaysia, pada 1963 Allahyarham telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara. Allahyarham telah menerima beberapa pingat dan penghargaan sepanjang hayatnya menjalankan tugas kepada negara. Antaranya Allahyarham dianugerahkan Member of The British Empire (MBE) pada 1967 dan Official of The British Empire (OBE) pada 1962, pada 1970 dianugerahkan pula Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) oleh Yang Dipertuan Agong. Pemergian Allahyarham Tuanku Tun Datuk Patinggi Haji Bujang pada hari ini begitu dirasai oleh semua. Allahyarham telah mencurahkan khidmat baktinya dalam memajukan negeri Sarawak di samping sumbangan -sumbangan lain kepada Malaysia keseluruhannya. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

♥♥ Birthday Giveaway by KasihkuAmani ♥♥

♥♥ INFO : PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA PANADOL♥♥

Bagi mereka yang sering mengalami sakit kepala, cuba amalkan salah satu atau salah dua petua-petua yang diatas. Kalau masih tak baik juga maka elok benar lah pergi bagi tahu doktor, semoga sahabat-sahabat maya Cik Nur senantiasa sihat.
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.